Tuesday 2 January 2018

I am Me. I am a Wife. I am a Mum.

Assalamualaikum semua.

Ha Ha Ha. Konon-konon la ada orang bacakan. Its ok lah. Jenis aku yang memang jenis bercerita. Nak cerita kat orang tak ade. Sedih! tulis sini jela. sikit la kepuasan. He He.

I am Me. macam lagu si Vida tu. Ha Ha Ha.

Aku ni bukanlah seorang yang tinggi ilmu agama, tapi of course la basicnya ada. Jadi nak cakap pasal soal halal haram tu In shaa Allah boleh lagi la. Tapi nak cakap pasal tukar jantina tu dah malaslah an nak sembang. OK OK. Balik kepada tajuk utama.

Melalui kehidupan alam perkahwinan bagi aku satu keputusan yang tepat untuk hidup aku. Mungkin orang akan cakap, awal lagi kawen, enjoylah dulu. Oh, for me NOPE!

Dah cukup dah enjoy aku ni. Cukuplah setakat itu saja. Aim kita semua sebagai manusia is kejar Allah. Iman dalam diri ni naik turun tau. Kadang buat dia tetiba ingat siksa kubur tu, mau solat taubat tengah-tengah malam. buat dia datang perangai lagha dia, tak jadi apa la haaa. Ha Ha Ha.

Tapi itu la manusia kan. kejap A kejap B kejap C dan kejap D. Tetiba A balik.

Oh ya. Aku dah pandai menjahit. Ha Ha Ha. Of coz la tak semua bende boleh jahit. Tapi untuk tahun 2018 ni adalah improvement sikit. And oh yeah, I am Niqabis.

Alhamdulillah. Lama dah aku teringin nak pakai niqab ni. Since sekolah menengah. Aku start pakai tudung labuh mase form 4. Tu pun sebab aku tengok cerita Ketika Cinta Bertasbih. Aku tengok cantik sangat diaorang pakai tudung besar2. Hidayah milik Allah kan. tengoh cerita pun Allah boleh gerakkan hati.

Dan biasalah. Iman naik dan turun. Masuk kolej, Tudung aku yang semua besar2 dah bercampur yang singkat2. But satu yang tak pernah tinggal is stoking dan handsock. Tudung je yang kadang besor kecik tapi masih tutup dada la.

Masuk sem 4 dan 5 yang mana tahun akhir aku kat kolej, subuh tu wajib aku turun surau walaupun jalan nak g surau bapak gelap giler. Maghrib pun. kalau subuh tu, memang aku sorang jela perempuan. kadang-kadang ada la 3-4 orang. Tiap kali aku pikir balik masa-masa tu, aku cakap dengan diri aku, kenapa tak dari sem 1 lagi kau buat macam ni. Sem 1 baru masuk kolej,banyak dapat culture shock. Mase tu tak sedor diri, ikut perangai sendiri je semua. Bodoh lagi masa tu. Ha Ha Ha.

Bab cintan cintun tak payah cakap la. Semua orang kau nak minatlah. Ha Ha Ha. Selepas macam2 ujian Allah bagi kat aku, aku decide nak kahwin je lepas abis belajar. Aku pikir pasal kawen sebab kesian kat mak ayah aku duk abis duit lagi kat manusia macam aku ni. Ha Ha Ha. Aku cakap kat mak aku, cari la sesape pun. Terbaik untuk mak maka terbaik untuk aku. Mak aku pilih ex aku. Hu Hu.

Jodoh rahsia Allah. Malam tu aku cakap kat mak aku macam tu, mak aku terus sebut nama ex aku tu. Ntah kenapa aku tetiba menangis. Buat malu je. Dah la ada dalam bilik member aku. Malam tu jugak mak aku mesej si ex aku suh contact aku balik (berdasarkan penceritaan mak aku la). Dan esok tu jugak lah ex aku wassap aku.
'
Tapi seriously, 0% perasaan. Tak ada langsung. Kosong terus. Mase tu aku dah tak cakap banyak dah. Aku terus ajak dia kawen. Masa tu umur aku 20 tahun, dia umur 25 tahun. Lepas tu memang kalut la. Tiap kali balik cuti kompem baliksettle barang kawen. Dia mesej cakap rindu apa semua, mana aku layan. 0% kot. Tak ada perasaan langsung.

Tapi yang datang semua sayang, rindu, cinta tu lepas dah akad nikah. Bapak ar dah macam novel ngen drama kot. Cinta yang tak berapa nak pandang pertama sangatlah. Ha Ha Ha.

Niat nak berniqab lepas kawen, tapi rancangan Allah lebih baik. Satu lagi kita yang kena usaha. dan yeeee, amek masa 2 tahun, dan finally, 18 ogos 2017 aku start pakai. tu pun tak consistent lagi. Sebab masih lagi pikir pasal apa yang orang duk kata. Tapi tak lama, sebab sekarang pun aku dah mula pakai penuh. cuma kadang kalau makan benda yang payah nak selak2 ni, aku angkat je niqab aku. Ha Ha Ha.

Alhamdulillah. Semakin kau usaha dekat dengan Allah, kau akan rasa bahagia tu. I am happy. Azam 2018, aku harap aku terus istiqamah. Bukan untuk niqab aje, tapi untuk semua amalan lain. In shaa Allah. Semoga Allah permudahkan semuanya. Aamiin.

That's all for now. Thanks. =)

No comments:

Post a Comment